Wednesday, June 2, 2010

life journey..

pasti sesekali di dalam hidup, ada di antara kita yang berdepan dengan bala atau musibah..

ada yang tidak bernasib baik di dalam pelajaran..terkandas di dalam peperiksaan..
gagal dalam kerjaya..
kecewa dalam percintaan..
bermasalah di dalam rumahtangga..
musnah harta benda..
rugi dalam perniagaan..
atau..gagal di dalam kehidupan..

pasti ada sebab atas segala nasib buruk yang melanda..kadang2 ianya disebabkan oleh kesilapan manusia sekeliling..kadang2 atas kesilapan diri kita sendiri..dijadikan bala ada kalanya untuk menghukum dan adakalanya untuk menguji sejauh mana akal menilai ilmu yang diberi..

sebahagian besar manusia gemar menyalahkan kelalaian/kesilapan manusia lain apabila berlakunya bala musibah..

berapa ramaikah yang sanggup melihat di cermin dan mengkaji atau mengakui kesilapan diri sendiri?..

kadang2 kita gagal dalam peperiksaan kerana terleka dengan perkara yang sia2..
kita gagal dalam dalam kerjaya kerana gagal melaksanakan kerja..
kecewa dalam bercinta kerana suka main kayu tiga..
bermasalah dalam rumahtangga kerana terlupa menjaga hati dan citarasa..
musnah harta benda akibat lalai dan leka..
gagal dalam berniaga kerana lupa pada etika..
hilang arah tujuan hidup akibat seronok dengan nikmat dunia..

setiap kesilapan adalah pengalaman dan setiap pengalaman adalah ilmu..jika kita bernasib baik, pengalaman pahit akan mengajar kita untuk menjadi manusia yang lebih bijak dan cekal..jika kita lemah, kesilapan itu akan memusnahkan kita, alangkah malangnya jika kita dihukum atas kesilapan dan menjadi manusia yang tewas sehingga ke akhir hayat..

dan setelah berusaha, berdoalah memohon perlindungan kerana Dia lah yang Amat Berkuasa dan Amat Mengasihani..

copied from APO, edisi 1 jun 2010..=)

No comments:

Post a Comment